Friday, December 18, 2009

Sayang


Semoga kita dirahmati Allah




Thursday, July 30, 2009

sepi

tunjukkan sesuatu untuk aku simpan sebagai janji.aku penat bila kamu tiada di sisi..

Wednesday, July 8, 2009

aku keliru,

salahkah aku bersama dia.hanya kerana dia pernah di punyai.aku punya hati.punya naluri untuk di sayangi.bukan sengaja untuk di sakiti.aku rebah dalam cahaya.hati dia masih lagi di sana.aku hanya penunggu yang setia.hanya mampu mengucap kata dari hati.tapi kenapa buat aku rasa cemburu.berilah aku ruang..

Tuesday, July 7, 2009

just for you..

if rain drops were your kisses,i could send you shower.
if hugs were seas,i send you oceans.
and if love was a person,i send you me.


if i know what love is,it is because of you


if i has to choose between loving you and breathing,i would use my last breath to say i love
i really love you

karang laut,

senja pulau itu cukup tenang.mendamaikan hati ini.musim baru cukup indah bersama dia.jumpa yang tidak di sangka.hati pasti terkejut bila dia menjenguk kembali.aku dan sejarah lampau.dia tetap setia menunggu.surat yang ku sangka tidak ada apa-apa makna cukup tersimpul satu ingatan buat dia untuk aku.sebelum dia,aku cukup-cukup rimas dengan permainan ini.aku hampir kalah di laut yang luas.dia yang hulurkan tangan buat aku.aku sayang dia.

selagi nyawa di kandung badan,selagi ada bulan dan bintang,selagi itu aku tetap akan dengan dia.itu janji aku.aku tiak akan biar dia seorang lagi.aku wira untuk dia..

Friday, June 26, 2009

aku cuma SERANGGA

Sejarah mengajar kita mengenal asal-usul.buat kita punya waktu membilang hari.kota hati seperti Tembok Besar China.lama tapi masih utuh.aku anak pulau.jauh dari kota besar.waktu itu aku di lontar rasa insaf.tika lihat ibu aku.benang.jarum.gunting.kain ela.dan peluh yang menitik.aku bukan orang senang.tapi ibu dan ayah tak pernah berhutang kasih sayang dengan aku.ayah wira aku.selalu buat aku tertawa.masih ingat lagi janji aku pada ayah bila ayah buatkan aku senapang angin lebih canggih dari kawan-kawan aku.
NANTI BILA MIE DAH BESAR MIE BAWAK AYAH KELILNG DUNIA
saat ini aku dah 20 tahun.ibu dan ayah sama macam dulu.cuma ibu dah tak menjahit.syukur aku pada tuhan sebab ibu dan ayah kuat lagi.romantis mereka makin bertambah.asyik kemana berdua saja.sinar mata ibu cukup penuh makna pada aku.aku janji tak nakal lagi.harap aku ketemu 'dia' sama macam ibu,
lagi 2 hari kita jumpa
29hb jun 2009.jemput tau

Wednesday, June 24, 2009

bILa bintang melontar kata

kala senja merah melabuh waktu.kala dingin subuh melontar cahaya.dalam kelam aku merangkak keluar.bangun dan jatuh.berani aku makin surut.aku benar-benar dhaif.pada insan dan yang pasti pada agama.praktikal kamal artartuk makin menguasai aku.tika itu,aku kejar dunia sampai aku cukup penat.tiada dunia selepas dunia ini.
SITI SYAHIRAH SUHAIMI
Terakhir kejora itu adalah bintang.yang paling terang di sinar anak mata aku.erti sayang memang cukup indah.mencuba dan gagal lebih indah dari gagal mencuba.hati ini ada satu.hati ini di ambil tika aku tercari-cari mana klcc dari bukit yang indah.aku kaget bila bintang melontar kata.kapal ini sudah nampak pulau untuk kita berlabuh.buat selama-lamanya.


kau yang satu,


faiz fahmi

Thursday, June 18, 2009

wILaYaH cinta

khilaf diri buat rasa malu pada dia.dalam kelam lurus cahaya membantu aku keluar dari situ.dia perlahan-lahan menghulurkan luahan harapan yang telah berbekas lama.dia masih lagi seperti dulu.aku yang lari mengejar pelangi dengan angin menderu.tapi dia aku tinggal bersama-sama cinta mati.demi aku satu lagi hati hilang rasa percaya pada cinta.perlukah aku membalasnya.tangan ini kaku di sini atau mungkin jari-jemari di sana telah di isi dengan bunga-bunga bahagia.


BERSAMBUNG

semalam yang indah

aku benci musim panas,
tapi aku suka cahaya matahari.

aku benci musim sejuk,
tapi aku suka dingin salji.

aku benci musim bunga,
tapi aku suka bunga-bungaan.

aku benci musim luruh,
tapi aku suka layangan daun.


aku bencikan dunia ini,
tapi aku tetap sayangkan dia seorang..

Friday, May 29, 2009

kerana dia,

dua tahun lepas aku kenal dia.waktu itu aku masih lagi mencari siapa diri aku.dia cukup sempurna ketika itu.aku sempat kenal dia.kami berpisah di suatu persimpangan.dia mencari-cari ke mana aku pergi.pada dia aku kejam ketika itu.
setahun lepas dia masih lagi rasa sakit.aku ketika itu sudah hampir- hampir jumpa nawaitu kehidupan.tetapi aku masih belum taubat nasuha.aku lari mengejar pelangi petang.meriah hari raya tanpa aku.aku rasa debar hati makin kuat waktu itu.pasti terjadi sesuatu pada dia.sesuatu yang tak di sangka sering kali mendatangi kita.dia jumpa bayang-bayang aku.tapi bukan aku.dia rindu aku langsung terima bayang itu adalah aku.
sebulan lepas dia terjaga dari tidur petang.ilusi aku datang kembali.sedar dari mimpi bayang itu bukan aku.cuba-cuba mencari aku.dapat!aku masih lagi di sini.menanti sesuatu yang ajaib.dia datang ketika waktu.aku cuba bukti aku adalah realiti untuk dia.dia keliru antara bayang dan aku.antara sayang dan bayang-bayang aku.
minggu lepas dia cinta aku.aku rasa yang sama.aku buang jauh-jauh harapan lain.hati dia di kongsi aku.dia baik pada aku.dia setia pada aku.dia berkorban untuk aku.dia janji tunggu aku di sini.aku sayang dia.aku sayang diri aku.aku pergi jauh untuk dia.mencari impian yang aku lafaz pada dia.
empat hari lepas aku dah 20 tahun.rasa macam semalam aku pakai baju sekolah.masa cukup cepat gerak.dia rasa makin sayang dekat aku.aku dapat hadiah paling ikhlas dari dia.dia restu aku pergi sana.dia tunggu aku sampai aku balik.aku memang sedia ke sana dengan semangat dia.
hari ini aku cintakan dia dari rasa hormat aku pada dia..



semalam aku mimpi indah tentang dia dan KERANA DIA aku masih lagi di sini,

Tuesday, May 26, 2009

merentas waktu

"OMBAK,SAWAH,SAMPAN KECIL,KLCC,MYVI,BENANG,MESIN JAHIT"


SELAMAT HARI JADI FAIZ.TERIMA KASIH EMAK DAN JUGAK AYAH.TERHARU DENGAN UCAPAN PERTAMA DARI DIA.SEBULAN YANG PENUH DENGAN KEJUTAN.KEJUTAN YANG BUKAN-BUKAN.SYUKUR SEBAB SEBAB HATI INI SUDAH DI ISI.JAUH MERENUNG KE LAUT LEPAS TERBAYANG DIA TERSENYUM KE ARAH KITA.KITA JAUH.LAUT MEMISAHKAN KITA.TETAPI NANTI MUNGKIN JUGA LAUTAN PULA YANG MEMISAHKAN KITA.PERJALANAN KITA MASIH LAGI JAUH.NAMUN YANG JELAS NIAT KITA MENJADI PENGUKUH IKATAN KITA.DARI SATU SUDUT KITA AGAK KEJAM.MANA MUNGKIN KEPUTUSAN YANG DI BUAT MENJADI SEBALIKNYA.AKU BUKAN PEMBURU TAPI AKU ADA SIFAT PAHLAWAN.TIDAK JUGA RASA PEMENANG TAPI RESAPAN SEMANGAT SEMAKIN BERTAMBAH DARI HARI KE HARI.KEGAGALAN MERANCANG ADALAH PERANCANGAN UNTUK GAGAL.AKU YAKIN YANG KALI INI AKU BETUL-BETUL IKHLAS DENGAN MATLAMAT KAMI.MANA TAHU KEAJAIBAN AKAN BERLAKU.DIA AMAT LUAR DARI KEBIASAAN.MASIH LAGI MEMEGANG SARUNG CEMPEDAK KETIKA YANG LAIN MASIH LAGI KELIRU DARI MANA MEREKA DATANG.IRAS SENYUM NAMPAK SAMA MACAM WAN AZIZAH.OBSES DENGAN WARNA BENANG.ITU JIWA DIA.AKU KAGUM DENGAN SEMANGAT DIA.AKU HORMAT MATLAMAT DIA.AKU CEMBURU BILA DIA BUAT TAK TAHU.AKU MALU BILA AKU TAK MAMPU.AKU SAYANG DIA.

HARAP AKU DIA YANG TERAKHIR KALINYA...

Sunday, May 24, 2009

a birthday gift





MASA LALU DAN BESOK


SEJARAH MENGAJAR KITA MENJADI LEBIH BERANI.LEBIH MENGENAL SIAPA KITA.JURANG ANTARA INSAN BUKAN LAGI DI UKUR OLEH BUDI BAHASA TETAPI PANGKAT DAN KEMEWAHAN MENJADI TARUHAN.BAGAIMANA KITA MENCARI MAKNA SEBUAH KEHIDUPAN.AKU LALUI CERITA CINTA DENGAN PENUH EMOSI.PADA KERTAS ITU TERTULIS NAMA AKU DAN DIA.MANA MUNGKIN KITA BERKASIH PADA YANG TAK SUDI.DIA ADALAH CEBISAN KAIN YANG ADA NILAI SEJARAH YANG JIKA DI JAHIT DENGAN AKU,JUGA SECEBIS KAIN PELBAGAI RONA PASTI MENJADI BAJU KEBAYA YANG CUKUP-CUKUP CANTIK DAN VERSETIL..





DAN DI ANTARA TANDA-TANDA YANG MEMBUKTIKAN KEKUASAAN-NYA DAN RAHMAT-NYA BAHAWA DIA MENCIPTAKAN UNTUK KAMU ISTERI DARI KALANGAN KAMU SUPAYA KAMU BOLEH BERSENANG HATI DAN HIDUP MESRA DENGANNYA SERTA PERASAAN KASIH SAYANG ANTARA KAMU SUPAYA KAMU BOLEH BERFIKIR TENTANG KEKUASAANNYA





CARA MUDAH UNTUK KURUS



TANPA MODAL YANG BESAR,ANDA CUMA PERLU AMALKAN MEMAKAN SEBIJI BUAH TOMATO YANG BERSAIZ SEDERHANA DAN TIDAK BEGITU MASAK SETIAP HARI.CUBALAH,..

Friday, May 22, 2009

antara putih dan hitam

Thursday, May 21, 2009

KETAM GORENG BEREMPAH.

BAHAN-BAHAN

  1. 1.5 kg ketam bercangkerang lembut
  2. 350 gm keju adam(dihiris panjang)
  3. 30 gm serbuk kajun
  4. 25 gm serbuk lada putih
  5. 150 ml plum sos
  6. 200 gm tepung sos
  7. minyak jagung untuk menggoreng

CARA MEMBUAT

  1. BERSIHKAN KETAM,GAULKAN DENGAN SERBUK CAJUN DAN LADA PUTIH,PERAPKAN BERSAMA SOS PLUM SELAMA 10-15 MINIT
  2. LILITKAN HIRISAN KEJU ADAM KE SELURUH BAHAGIAN TENGAH KETAM,SALUT DENGAN TEPUNG JAGUNG DAN GORENG DI DALAM MINYAK JAGUNG YANG TELAH DIPANASKAN SEHINGGA MASAK DAN WARNANYA MENJADI KUNING KEEMASAN.
  3. ANGKAT DAN HIAS DENGAN DAUN SALAD.SEDIA UNTUK DIMAKAN.YUMMY!

masalah negara

ada sapa-sapa nak kahwin tak?pagi tadi faiz ada tanya seorang gadis tentang rancangan untuk berkahwin.boleh dia tolak mentah-mentah.apa?dia ingat faiz main-main.dalam diam-diam dia tidak tahu yang faiz sayang dekat dia.susah jugak bila kita suka dekat orang.tetapi faiz lagi tercabar bila dia jual mahal.cerita nak kahwin ini timbul bila permohonan syarikat faiz untuk pinjaman bank perlukan pengarah urusan punyai isteri.ini dah di kira masalah negara.mana mungkin kita nak kahwin dengan orang yang kita tidak kenal.jadi,kepada sesiapa yang berkenaan faiz cuma nak cakap"lu pikir la sendiri"..sayang sangat-sangat dekat dia..
'listen to your heart before telling him goodbye'.

sunset dinner cruise(muahx)


SAILING,while enjoying cocktails and having good company.the perfect way to finish the day and start the evening.it is an excellent time of day for adventuring out at sea.the sun is getting low in the sky and the temperature is pleasantly cool.we are at the sunset point all year round..
just nak promote our new excursion..
best value for your money,

Wednesday, May 20, 2009

bintang!!

i do love you.that`s why i am here for you.i wanted to do something to please you.i wanted to spend some special time together.i still want to have a special evening with you.i forgive you for being so indifferent to me.i forgive you for not responding right away.i understand that you were in the middle of reading something.let`s have a loving intimate evening.till death do us part..
i love you....
and i am going to miss you

bulan, matahari dan bintang



semalam kira-kira jam 9 aku merenung ke langit sunyi.malam begitu kelam.cuma memuntahkan rasa mual aku tentang soal adam dan hawa.aku tewas lagi malam ini.nampak jauh di tebing langit cahaya bintang yang makin bersinar.tiada lagi bulan dan matahari.jauh meninggalkan aku di sini.aku ada sejarah cinta dengan bulan,matahari dan bintang..
bulan.dari jauh nampak cantik.rasa hati menarik-narik aku ke sana.tapi kala itu cinta aku cukup rapuh.aku perlukan kebebasan memilih jalan aku.aku terlalu muda ketika itu.tapi bulan hanya cantik dari jauh,bila aku ke sana bulan mula berubah wajah dan aku pun mula berubah hati..cahaya bulan hanya refleksi dari dia,matahari..
matahari..sifatnya yang agak unik membuat aku cepat melontar baris-baris harapan.kami agak bahagia ketika bulan cukup sengsara.beda sikap aku dan dia buat kami begitu obses berbicara tentang masa lampau.aku asyik mahu menang dan dia adalah matahari.panas tetapi punyai naluri insan.aku cinta pertama matahari.juara perlumbaan kedua.aku sentiasa mahu menang.suatu waktu bulan datang kembali mencari aku.aku tewas ditarik rasa aku pernah juga berkongsi waktu dengan bulan.pabila matahari tersentuh bulan aku yang merasa kesan.kalau takut dengan risiko usah bicara soal cinta.ya,aku takut dan aku lari dari cinta bersama impian masa depan aku.
bintang..waktu itu aku nampak satu bintang kejora yang paling terang antara bintang-bintang lain.aku tengok cermin di suatu simpang.mana padan aku dengan dia.tetapi aku adalah pahlawan yang telah belajar tentang soal ini.bila jiwa melontarkan kata,bintang kejora terlihat aku di suatu sudut yang kebetulan.kekurangan aku ketika itu buat kami begitu rapat.teringat lagi saat roti canai di kongsi dua.cukup indah walau terasa kurang kenyang.aku rindu saat itu.dia bintang buat aku.silap aku cuma terlalu hati-hati dengan bintang.aku tidak punya ruang memulakan semua bila dia menunggu aku untuk memberi sesuatu.dia menangis tika aku hilang tiba-tiba..
bintang..belum lambat untuk kita.bintang datang tanpa di duga waktu.kala aku cukup sunyi.cukup mengharap kasih yang satu.aku jadi roman yang merentas waktu.aku tahu dia adalah untuk aku.tetapi keadaan bukan macam dulu..mereka kata aku luar biasa.
berikan aku sedikit cahaya,wahai bintang..

 
+ + +