Friday, May 29, 2009

kerana dia,

dua tahun lepas aku kenal dia.waktu itu aku masih lagi mencari siapa diri aku.dia cukup sempurna ketika itu.aku sempat kenal dia.kami berpisah di suatu persimpangan.dia mencari-cari ke mana aku pergi.pada dia aku kejam ketika itu.
setahun lepas dia masih lagi rasa sakit.aku ketika itu sudah hampir- hampir jumpa nawaitu kehidupan.tetapi aku masih belum taubat nasuha.aku lari mengejar pelangi petang.meriah hari raya tanpa aku.aku rasa debar hati makin kuat waktu itu.pasti terjadi sesuatu pada dia.sesuatu yang tak di sangka sering kali mendatangi kita.dia jumpa bayang-bayang aku.tapi bukan aku.dia rindu aku langsung terima bayang itu adalah aku.
sebulan lepas dia terjaga dari tidur petang.ilusi aku datang kembali.sedar dari mimpi bayang itu bukan aku.cuba-cuba mencari aku.dapat!aku masih lagi di sini.menanti sesuatu yang ajaib.dia datang ketika waktu.aku cuba bukti aku adalah realiti untuk dia.dia keliru antara bayang dan aku.antara sayang dan bayang-bayang aku.
minggu lepas dia cinta aku.aku rasa yang sama.aku buang jauh-jauh harapan lain.hati dia di kongsi aku.dia baik pada aku.dia setia pada aku.dia berkorban untuk aku.dia janji tunggu aku di sini.aku sayang dia.aku sayang diri aku.aku pergi jauh untuk dia.mencari impian yang aku lafaz pada dia.
empat hari lepas aku dah 20 tahun.rasa macam semalam aku pakai baju sekolah.masa cukup cepat gerak.dia rasa makin sayang dekat aku.aku dapat hadiah paling ikhlas dari dia.dia restu aku pergi sana.dia tunggu aku sampai aku balik.aku memang sedia ke sana dengan semangat dia.
hari ini aku cintakan dia dari rasa hormat aku pada dia..



semalam aku mimpi indah tentang dia dan KERANA DIA aku masih lagi di sini,

 
+ + +