khilaf diri buat rasa malu pada dia.dalam kelam lurus cahaya membantu aku keluar dari situ.dia perlahan-lahan menghulurkan luahan harapan yang telah berbekas lama.dia masih lagi seperti dulu.aku yang lari mengejar pelangi dengan angin menderu.tapi dia aku tinggal bersama-sama cinta mati.demi aku satu lagi hati hilang rasa percaya pada cinta.perlukah aku membalasnya.tangan ini kaku di sini atau mungkin jari-jemari di sana telah di isi dengan bunga-bunga bahagia.
BERSAMBUNG
Thursday, June 18, 2009
wILaYaH cinta
Posted by Faiz Sazali at 6:28 AM 0 comments
semalam yang indah
aku benci musim panas,
tapi aku suka cahaya matahari.
aku benci musim sejuk,
tapi aku suka dingin salji.
aku benci musim bunga,
tapi aku suka bunga-bungaan.
aku benci musim luruh,
tapi aku suka layangan daun.
aku bencikan dunia ini,
tapi aku tetap sayangkan dia seorang..
Posted by Faiz Sazali at 6:21 AM 0 comments
Friday, May 29, 2009
kerana dia,
dua tahun lepas aku kenal dia.waktu itu aku masih lagi mencari siapa diri aku.dia cukup sempurna ketika itu.aku sempat kenal dia.kami berpisah di suatu persimpangan.dia mencari-cari ke mana aku pergi.pada dia aku kejam ketika itu.
setahun lepas dia masih lagi rasa sakit.aku ketika itu sudah hampir- hampir jumpa nawaitu kehidupan.tetapi aku masih belum taubat nasuha.aku lari mengejar pelangi petang.meriah hari raya tanpa aku.aku rasa debar hati makin kuat waktu itu.pasti terjadi sesuatu pada dia.sesuatu yang tak di sangka sering kali mendatangi kita.dia jumpa bayang-bayang aku.tapi bukan aku.dia rindu aku langsung terima bayang itu adalah aku.
sebulan lepas dia terjaga dari tidur petang.ilusi aku datang kembali.sedar dari mimpi bayang itu bukan aku.cuba-cuba mencari aku.dapat!aku masih lagi di sini.menanti sesuatu yang ajaib.dia datang ketika waktu.aku cuba bukti aku adalah realiti untuk dia.dia keliru antara bayang dan aku.antara sayang dan bayang-bayang aku.
minggu lepas dia cinta aku.aku rasa yang sama.aku buang jauh-jauh harapan lain.hati dia di kongsi aku.dia baik pada aku.dia setia pada aku.dia berkorban untuk aku.dia janji tunggu aku di sini.aku sayang dia.aku sayang diri aku.aku pergi jauh untuk dia.mencari impian yang aku lafaz pada dia.
empat hari lepas aku dah 20 tahun.rasa macam semalam aku pakai baju sekolah.masa cukup cepat gerak.dia rasa makin sayang dekat aku.aku dapat hadiah paling ikhlas dari dia.dia restu aku pergi sana.dia tunggu aku sampai aku balik.aku memang sedia ke sana dengan semangat dia.
hari ini aku cintakan dia dari rasa hormat aku pada dia..
semalam aku mimpi indah tentang dia dan KERANA DIA aku masih lagi di sini,
Posted by Faiz Sazali at 10:12 AM 0 comments
Tuesday, May 26, 2009
merentas waktu
"OMBAK,SAWAH,SAMPAN KECIL,KLCC,MYVI,BENANG,MESIN JAHIT"
SELAMAT HARI JADI FAIZ.TERIMA KASIH EMAK DAN JUGAK AYAH.TERHARU DENGAN UCAPAN PERTAMA DARI DIA.SEBULAN YANG PENUH DENGAN KEJUTAN.KEJUTAN YANG BUKAN-BUKAN.SYUKUR SEBAB SEBAB HATI INI SUDAH DI ISI.JAUH MERENUNG KE LAUT LEPAS TERBAYANG DIA TERSENYUM KE ARAH KITA.KITA JAUH.LAUT MEMISAHKAN KITA.TETAPI NANTI MUNGKIN JUGA LAUTAN PULA YANG MEMISAHKAN KITA.PERJALANAN KITA MASIH LAGI JAUH.NAMUN YANG JELAS NIAT KITA MENJADI PENGUKUH IKATAN KITA.DARI SATU SUDUT KITA AGAK KEJAM.MANA MUNGKIN KEPUTUSAN YANG DI BUAT MENJADI SEBALIKNYA.AKU BUKAN PEMBURU TAPI AKU ADA SIFAT PAHLAWAN.TIDAK JUGA RASA PEMENANG TAPI RESAPAN SEMANGAT SEMAKIN BERTAMBAH DARI HARI KE HARI.KEGAGALAN MERANCANG ADALAH PERANCANGAN UNTUK GAGAL.AKU YAKIN YANG KALI INI AKU BETUL-BETUL IKHLAS DENGAN MATLAMAT KAMI.MANA TAHU KEAJAIBAN AKAN BERLAKU.DIA AMAT LUAR DARI KEBIASAAN.MASIH LAGI MEMEGANG SARUNG CEMPEDAK KETIKA YANG LAIN MASIH LAGI KELIRU DARI MANA MEREKA DATANG.IRAS SENYUM NAMPAK SAMA MACAM WAN AZIZAH.OBSES DENGAN WARNA BENANG.ITU JIWA DIA.AKU KAGUM DENGAN SEMANGAT DIA.AKU HORMAT MATLAMAT DIA.AKU CEMBURU BILA DIA BUAT TAK TAHU.AKU MALU BILA AKU TAK MAMPU.AKU SAYANG DIA.
HARAP AKU DIA YANG TERAKHIR KALINYA...
Posted by Faiz Sazali at 10:14 AM 0 comments
Sunday, May 24, 2009
MASA LALU DAN BESOK
DAN DI ANTARA TANDA-TANDA YANG MEMBUKTIKAN KEKUASAAN-NYA DAN RAHMAT-NYA BAHAWA DIA MENCIPTAKAN UNTUK KAMU ISTERI DARI KALANGAN KAMU SUPAYA KAMU BOLEH BERSENANG HATI DAN HIDUP MESRA DENGANNYA SERTA PERASAAN KASIH SAYANG ANTARA KAMU SUPAYA KAMU BOLEH BERFIKIR TENTANG KEKUASAANNYA
Posted by Faiz Sazali at 4:59 AM 0 comments
CARA MUDAH UNTUK KURUS
Posted by Faiz Sazali at 4:52 AM 0 comments
Friday, May 22, 2009
Thursday, May 21, 2009
KETAM GORENG BEREMPAH.
BAHAN-BAHAN
1.5 kg ketam bercangkerang lembut 350 gm keju adam(dihiris panjang) 30 gm serbuk kajun 25 gm serbuk lada putih 150 ml plum sos 200 gm tepung sos minyak jagung untuk menggorengCARA MEMBUAT
BERSIHKAN KETAM,GAULKAN DENGAN SERBUK CAJUN DAN LADA PUTIH,PERAPKAN BERSAMA SOS PLUM SELAMA 10-15 MINIT LILITKAN HIRISAN KEJU ADAM KE SELURUH BAHAGIAN TENGAH KETAM,SALUT DENGAN TEPUNG JAGUNG DAN GORENG DI DALAM MINYAK JAGUNG YANG TELAH DIPANASKAN SEHINGGA MASAK DAN WARNANYA MENJADI KUNING KEEMASAN. ANGKAT DAN HIAS DENGAN DAUN SALAD.SEDIA UNTUK DIMAKAN.YUMMY!
Posted by Faiz Sazali at 9:04 PM 0 comments
masalah negara
Posted by Faiz Sazali at 8:40 PM 2 comments
sunset dinner cruise(muahx)
Posted by Faiz Sazali at 7:34 AM 0 comments
Wednesday, May 20, 2009
bintang!!
Posted by Faiz Sazali at 11:23 AM 0 comments
bulan, matahari dan bintang
semalam kira-kira jam 9 aku merenung ke langit sunyi.malam begitu kelam.cuma memuntahkan rasa mual aku tentang soal adam dan hawa.aku tewas lagi malam ini.nampak jauh di tebing langit cahaya bintang yang makin bersinar.tiada lagi bulan dan matahari.jauh meninggalkan aku di sini.aku ada sejarah cinta dengan bulan,matahari dan bintang..
bulan.dari jauh nampak cantik.rasa hati menarik-narik aku ke sana.tapi kala itu cinta aku cukup rapuh.aku perlukan kebebasan memilih jalan aku.aku terlalu muda ketika itu.tapi bulan hanya cantik dari jauh,bila aku ke sana bulan mula berubah wajah dan aku pun mula berubah hati..cahaya bulan hanya refleksi dari dia,matahari..
matahari..sifatnya yang agak unik membuat aku cepat melontar baris-baris harapan.kami agak bahagia ketika bulan cukup sengsara.beda sikap aku dan dia buat kami begitu obses berbicara tentang masa lampau.aku asyik mahu menang dan dia adalah matahari.panas tetapi punyai naluri insan.aku cinta pertama matahari.juara perlumbaan kedua.aku sentiasa mahu menang.suatu waktu bulan datang kembali mencari aku.aku tewas ditarik rasa aku pernah juga berkongsi waktu dengan bulan.pabila matahari tersentuh bulan aku yang merasa kesan.kalau takut dengan risiko usah bicara soal cinta.ya,aku takut dan aku lari dari cinta bersama impian masa depan aku.
bintang..waktu itu aku nampak satu bintang kejora yang paling terang antara bintang-bintang lain.aku tengok cermin di suatu simpang.mana padan aku dengan dia.tetapi aku adalah pahlawan yang telah belajar tentang soal ini.bila jiwa melontarkan kata,bintang kejora terlihat aku di suatu sudut yang kebetulan.kekurangan aku ketika itu buat kami begitu rapat.teringat lagi saat roti canai di kongsi dua.cukup indah walau terasa kurang kenyang.aku rindu saat itu.dia bintang buat aku.silap aku cuma terlalu hati-hati dengan bintang.aku tidak punya ruang memulakan semua bila dia menunggu aku untuk memberi sesuatu.dia menangis tika aku hilang tiba-tiba..
bintang..belum lambat untuk kita.bintang datang tanpa di duga waktu.kala aku cukup sunyi.cukup mengharap kasih yang satu.aku jadi roman yang merentas waktu.aku tahu dia adalah untuk aku.tetapi keadaan bukan macam dulu..mereka kata aku luar biasa.
berikan aku sedikit cahaya,wahai bintang..
Posted by Faiz Sazali at 6:05 AM 0 comments
